Indeks Dolar kini sedang berada pada tahap sokongan penting jangka sederhana. Isyarat membeli lalu saya pada penghujung Februari apabila USDX telah menembusi segitiga mengukuh di tahap 95 dan harga kini berada pada tahap Penarikan semula 61.8%.
Walaupun indeks didapati berdagang di bawah Ichimoku Cloud, ia mempunyai sokongan pada tahap penarikan semula 61.8% di mana kawasan segi empat tepat hijau digambarkan. Saya percaya bahawa sekiranya aliran kenaikkan harga jangka panjang ini dilanjutkan, maka indeks Dolar perlu melonjak naik daripada tahap harga semasa dengan sasaran ditetapkan di atas tahap 101.
Seperti yang ditunjukkan di dalam carta mingguan di atas, indeks Dolar kelihatan sedang mengukuh di atas sokongan Tenkan-sen. Tahap ini adalah merupakan sokongan yang penting dan saya percaya bahawa kita dapat melihat perubahan arah aliran menaik dari kawasan harga ini. Aliran kenaikkan harga jangka panjang kekal sah dan saya percaya bahawa indeks dolar berpotensi untuk berdagang di atas tahap 100. Walau bagaimanapun, sekiranya indeks USDX gagal untuk diterbalikkan daripada tahap harga semasa, maka kita akan dapat melihat pembetulan harga yang lebih dalam sehingga mencecah ke tahap 92 dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang.