Analisis Teknikal USD/CHF untuk 25 Mac, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah tiga minggu 0.9530 pada hari Selasa. kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh permintaan Swissie sewaktu pasangan EUR/CHF melemah. Kerugian pasangan USD/CHF ini telah diganggu oleh sentimen USD yang lebih kukuh, kadar faedah Swiss yang negatif dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF.

Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5 hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15 hari dan semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9495. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9435. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9650. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9720 dan sasaran kedua pada tahap 0.9820.

Tahap Rintangan:
0.9720
0.9820
0.9875

Tahap Sokongan:
0.9495
0.9435
0.94