Analisis Teknikal USD/CAD untuk 26 Mac, 2015

Huraian Umum untuk 26/03/2015 10:00 CET

Perkiraan gelombang Elliott pada carta masa 4H berfungsi dengan baik buat masa sekarang kerana pasaran kelihatan seolah-olah akan menguji zon harga yang terletak di antara tahap 1.2352-1.2379. Sila ambil perhatian bahawa mana-mana penembusan harga pada tahap 1.2388 akan membatalkan perkiraan alternatif impulsif hijau. Ini menandakan bahawa gelombang akan menjadi lebih kompleks dan masa pembangunan kitaran pada gelombang pembetulan 4 hijau yang kini sedang berjalan menajdi lebih panjang. Zon permintaan seterusnya terletak di antara tahap 1.1933-1.1803 dan ia akan bertindak sebagai sokongan jangka pertengahan untuk harga.

Sokongan/Rintangan:

1.1933 - 1.1803 - Zon Permintaan

1.2352 - 1.2379 - Zon Utama

1.2388 -Tahap ketidaksahihan

Cadangan Perdagangan:

Sekiranya tahap 1.2388 ini ditembusi untuk aliran menurun, maka daytraders dan swingtraders harus mempertimbangkan untuk membuka pesanan menjual pada mana-mana kenaikkan harga dengan menetapkan SL di atas tahap 1.2555.