Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 03 April, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Pasangan mata wang GBP/CHF kini kelihatan seolah-olah akan menguji tahap terendah pada 1.4200. Harga dijangkakan akan melantun lebih tinggi daripada harga semasa. Jangkaan minimum adalah di atas tahap 1.4410. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal memebli buat masa sekarang, dengan risiko ditetapkan pada tahap 1.4180. Aliran menaik berkemungkinan akan mendominasi semula pasaran buat masa sekarang dan menolak harga lebih tinggi sebelum kembali berdagang dalam aliran menurun. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.4190 (interim) dan diikuti masing-masing oleh tahap 1.4000, 1.3850, dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 1.4630, diikuti oleh tahap 1.4800, 1.5150, dan yang lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.4170/80, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!