Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Harga diniagakan dengan kecairan tunai yang lebih rendah sebagaimana pasaran kewangan AS ditutup bersempena bercuti Easter dan peserta pasaran kini sedang menunggu laporan gaji bukan perladangan yang dijadualkan akan dikeluarkan lewat hari ini. Kadar harga bagi pasangan ini telah disokong oleh sentimen dolar yang negatif, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, sentimen franc Swiss dirangsang oleh barometer KOF Switzerland bagi bulan Mac yang lebih kukuh berbanding ramalan ekonomi 90.8 (berbanding ramalan yang mengunjurkan 89.1). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga diganggu oleh permintaan mata wang franc pada pasangan CHF/JPY yang memberangsangkan.
Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun Stokastik kini berada di dalam mod kenaikkan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9550. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9525. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9635. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9705 dan sasaran kedua pada tahap 0.9765.
Tahap Rintangan:
0.9705
0.9765
0.9810
Tahap Sokongan:
0.9550
0.9525
0.9490