EUR/USD: Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah berdagang ke arah bawah pada mulanya, mencapai garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.0750. Harga dilihat gagal untuk menutup di bawah tahap sokongan, dan o=ia telah melantun dengan ketara lebih daripada 250 pips. Harga berpotensi untuk bergerak naik pada minggu ini, menembusi garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.1000. Harga telah menutup di atas garisan sokongan pada tahap 1.0950: harga berkemungkinan akan menguji garisan rintangan yang telah dinyatakan sebelum ini. Pasangan ini diramalkan akan menembusi pada tahap tersebut abgi membolehkan ia meneruskan aliran menaik.
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah berdagang dalam aliran menaik minggu lepas bertentangan dengan pasangan EUR/USD. Pasaran dilihat telah membuat beberapa percubaan kenaikkan harga mencapai tahap rintangan yang terletak pada 0.9750. Aliran kenaikkan harga yang selanjutnya telah ditolak daripada tahap rintangan dan harga menjunam sebanyak 250 pips, menguji tahap sokongan 0.9500. Minggu ini, pergerakan penurunan harga berkemungkinan akan bergerak di bawah tahap sokongan.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah menyatukan hampir 2 minggu. Penembusan kenaikkan harga yang telah berlaku pada Jumaat 3 April, 2015, telah menyebabkan sedikit perubahanpada kecenderungan dominan (neutral). Sejak kebelakangan ini, harga sedang berdagang di antara wilayah pengedaran pada tahap 1.4850 dan wilayah pengumpulan pada tahap 1.4750. Penembusan harga di atas wilayah pengumpulan 1.4900 kelihatan menyakinkan, membolehkan harga untuk pergi ke arah atas wilayah pengedaran di tahap 1.5000. Pada masa itu, kecenderungan arah aliran harga akan beralih kepada kenaikkan harga. Mana-mana pergerakkan menurun, 100 hingga 200 pips akan mengukuhkan prospek neutral yang sedia ada.
USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini ditutup pada tahap 118.97 dalam aliran menurun. Terdapat Corak Pengesahan aliran menurun di dalam pasaran buat masa sekarang dan harga diramalkan akan menembusi pada tahap permintaan kuat di bawah 118.50 untuk harga bergerak ke tahap lebih rendah.
EUR/JPY: Pasangan mata wang kini kelihatan sedang mengukuh dan harga berpotensi untuk melanjutkan aliran kenaikkan harga secara perlahan-lahan dan beransur-ansur, terutamanya selagi mata wang EUR mengukuh. Sebarang kelemahan pada mata wang EUR akan mendorong pasangan mata wang ini untuk menjunam kerana beberapa prospek untuk pasangan JPY adalah menurun untuk bulan ini.