Sepertimana yang telah kami ramalkan dan syorkan di dalam artikel sebelum ini, emas telah menyentuh pada tahap $ 1,223.80. Walau bagaimanapun, harga gagal untuk menyediakan penembusan aliran menaik baru. Data pekerjaan AS yang melemah telah mendorong aliran kenaikkan harga. Bacaan laporan ekonomi yang negatif telah memberikan peluang kepada aliran menaik untuk berdagang pada tahap tinggi 1 bulan. Rintangan mingguan dilihat terletak pada tahap harga $ 1,244.00. Para pedagang kini sedang bersiap sedia untuk menunggu keputusan minit mesyuarat FOMC yang dijadualkan akan dikeluarkan esok. Hari ini, emas telah didagangkan dalam kecenderungan aliran menurun pada sesi dagangan Asia. Emas mempunyai rintangan yang kuat di antara tahap $ 1,232.00, $ 1,234.60 dan di atas ini; rintangan selari terletak pada tahap $ 1,239.00. Berdasarkan kepada carta harian, kita dapat melihat pembentukan corak 'head and shoulder'. Aliran kenaikkan harga kini sedang membangun. Sepertimana yang telah kami syorkan pada 2 April 2015, sekiranya emas berjaya menutup di atas tahap $ 1,212.00, kita boleh menjangkakan tahap $ 1,221.00, $ 1,230.00, $ 1,235.00, dan $ 1,244.00. Untuk kes ekstrem, kita boleh menjangkakan tahap harga $ 1300,00 juga. Emas telah menembusi tahap tinggi $ 1,223.80. Ini adalah terlalu awal untuk mengesyorkan tahap $ 1,300.00; penembusan harga kenaikkan harga masih tidak kelihatan. Kami akan menganalisis semula carta sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap tersebut. Corak mingguan dibingkaikan di antara tahap harga $ 1,244.00 dan $ 1,178.00. Pergerakan harga emas mungkin memihak kepada aliran menaik dalam tempoh terdekat. Harga telah mengalami sedikit perubahan, dan satu lagi kenaikkan harga dijangkakan akan berlaku sekali lagi. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap harga $ 1,208.00. Di bawah tahap ini, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap $ 1,201.00, $ 1,198.00, dan $ 1,195.00. Aliran harga mingguan mungkin akan terpadam sekiranya harga berdagang di bawah tahap $ 1,194.00.
Perdagangan:
Ambil pesanan membeli hanya di bawah tahap $1,208.00