Pasangan mata wang ini telah berdagang sama seperti pasangan EUR/USD. Kita dapat melihat corak harga yang sama. Hari ini dan esok adalah merupakan hari penting untuk JPY, sebagaimana kenyataan dasar kewangan BOJ dan sidang akhbar dijangkakan akan diumumkan. Menjelang kepada peristiwa-peristiwa utama, JPY didagangkan lebih rendah berbanding euro. Pasangan ini telah bergerak lebih tinggi untuk tempoh 3 hari berturut-turut. Rintangan mingguan dilihat terletak pada tahap 131.67 dan 132.30 50Dsma. Hari ini, kami tidak mengharapkan lanjutan QQE dalam dasar monetari BoJ. Jika ia berlaku, harga berkemungkinan akan menyentuh pada tahap 130.00 dan 129.85. Sekiranya QQE dilanjutkan, maka mata wang JPY mungkin akan berdagang lebih rendah ke arah 131.50 dan 131.85.
Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 130.40 dan mingguan pada tahap 129.85. Manakala rintangan urusniaga harian pula didapati terletak pada tahap 131.10 dan mingguan pada tahap 131.85. Sekiranya harga berjaya menutup diatas 131.70, maka aliran kenaikkan harga berkemungkinan akan menguji ke arah tahap 132.30 dan 133.00. Aliran urusniaga harian memihak kepada alrian penurunan harga manakala rintangan mingguan pula memihak kepada aliran menaik. Sehingga pasangan ini menutup di atas 128.40, aliran menaik berpotensi untuk menembusi zon rintangan ke arah tahap 133.00. Perdagangan Mingguan dibingkaikan diantara tahap 131.85 dan 128.40. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas 131.10, belian selamat di atas 131.30 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 132.00, 132.25, dan 132.95. Untuk aliran menurun, kami mencadangkan anda untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 129.80 dengan sasaran terletak pada tahap 129.10, 128.85, 128.60, 128.40, dan 127.85. Panik sebenar akan dicetuskan di bawah tahap 128.40 sahaja. Sekiranya harga menutup di bawah 128.40, maka tahap rendah baru mungkin akan dicatatkan pada tahap 125.20. Gambaran untuk dagangan jangka sederhana dan panjang masih memihak kepada penurunan harga.
Perdagagan: Ambil pesanan membeli di atas tahap 131.10, belian selamat di atas tahap 131.30
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 129.80