Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kelemahan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh sentimen dolar yang bertambah baik (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 97.07 berbanding 96.63 awal Isnin) selepas lapoan ekonomi ISM Bukan Perkilangan Amerika Syarikat untuk bulan Mac menunjukkan prospek pertumbuhan yang lebih cerah, kadar faedah Swiss yang negatif, ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF, dan penjualan franc yang memberangsangkan pada pasangan EUR/CHF.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan masih berkecenderungan negatif sebagaimana purata pergerakkan lima dan 15-hari kini kian menurun. MACD dan Stokastik dalam aliran menurun. Bagaimanapun, ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual, sementara corak 'inside-day-range' telah selesai pada hari Isnin.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9525. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9470. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9610. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9675 dan sasaran kedua pada tahap 0.9750.
Tahap Rintangan:
0.9675
0.9750
0.9835
Tahap Sokongan:
0.9525
0.9470
0.9420