Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 April, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah berdagang dalam aliran menurun semalam. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi tidak logik untuk mengambil pesanan menjual buat masa sekarang kecuali jika garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.0750 dan 1.0700 ini ditembusi untuk aliran menurun, sementara harga menutup di bawah tahap tersebut. Terdapat juga kemungkinan bahawa harga akan melanjutkan aliran menaik.

USD/CHF: : Walaupun pasangan mata wang ini berdagang dalam aliran menaik jangka pendek, tinjauan penurunan harga masih kukuh. Satu-satunya perkara yang boleh menyebabkan prospek penurunan harga terbatal adalah penembuan harga di atas tahap rintangan pada 0.9700 dan 0.9750.

GBP/USD: Aliran dagangan bagi pasangan mata wang kini kelihatan tidak menentu. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk keluar daripada pasaran ini sehingga harga melintasi atas wilayah pengedaran pada tahap 1.4950 yang membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan harga jelas atau sehingga harga berdagang di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.4750 yang membawa kepada Corak Pengesahan Penurunan harga jelas.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini kelihatan sedang membuat beberapa percubaan untuk melonjak ke tahap lebih tinggi, manakala aliran penurunan harga pula kini sedang cuba untuk menggagalkan percubaan. Terdapat isyarat membeli dalam pasaran buat masa sekarang dan isyarat akan sah selagi harga berdagang di atas tahap permintaan 119.50 dan 119.00. Mana-mana pergerakan harga di bawah tahap permintaan akan menyebabkan terbatalnya isyarat membeli.

EUR/JPY: Terdapat begitu banyak ketidaktentuan pada pasangan mata wang ini - EMA 11 kini sedang berdagang di atas EMA 56. Walau bagaimanapun, tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50. Ini jelas bercanggah dengan isyarat. Kita perlu menjangkakan pergerakan berarah, yang mungkin akan memihak kepada penurunan harga.