Analisis Teknikal USD/JPY untuk 09 April, 2015

Tinjauan Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 98.06 berbanding 97.91 awal Rabu) selepas minit mesyuarat FOMC Mac menunjukkan "beberapa" peserta meramalkan bahawa kenaikan kadar faedah bulan Jun mungkin akan dilaksanakan, manakala "beberapa" pilihan menunggu sehingga tahun 2016. Walaupun minit mesyuarat ini dianggap ketinggalan zaman menyumbang kepada penurunan ekstrem minggu lalu di dalam laporan gaji bukan perladangan AS bagi bulan Mac. USD/JPY juga disokong oleh peningkatan kadar hasil Perbendaharaan AS (10 tahun pada 1.905% berbanding 1.893% lewat Selasa), pembelian yen di tengah-tengah selera risiko yang lebih baik (tolok ketakutan VIX susut 5.41% kepada 13.98; S&P 500 ditutup sehingga 0.27 % pada 2,081.9 semalam), permintaan daripada pengimport Jepun, dan pelonggaran ultra dasar kewangan Jepun. Walau bagaimanapun, kenaikan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah terjejas ekoran eksport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD berada dalam mod menurun, tetapi stokastik adalah dalam mod menaik. Purata pergerakkan lima hari kian mendatar di bawah penurunan purata pergerakkan 15-hari.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.80 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 121.20. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 119.40. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 119.15. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 119.65.

Tahap Rintangan:
120.80
121.20
121.65

Tahap Sokongan:
119.40
119.15