Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 April, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen risiko pelabur yang positif dan kepentingan pengkamiran bagi pasangan NZD-USD. Walau bagaimanapun, kenaikkan bagi pasangan NZD/USD ini telah dihadkan oleh sentimen dolar yang menaik (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 98.99 berbanding 98.06 awal Khamis) sebagaimana purata pergerakkan empat minggu untuk tuntutan pengangguran AS jatuh sebanyak 3,000 hingga 282,250 pada minggu berakhir pada 4 April (paras terendah sejak Jun 2000); bacaan yang lebih kukuh daripada jangkaan iaitu kenaikkan sebanyak 0.3% dalam laporan inventori borong AS bagi bulan Februari (berbanding ramalan + 0.2%), harga tenusu yang melemah, dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu.

Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaimanapu stokastik adalah neutral.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7510. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7485. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7605. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7625179.05 dan sasaran kedua pada tahap 0.7665.

Tahap Rintangan:

0.7625
0.7665
0.7695

Tahap Sokongan:
0.7510
0.7485
0.7435