Analisis teknikal dan cadangan perdagangan untuk USD berbanding CAD & YEN bagi 13 April 2015

Jumaat.Dalam kenyataannya: "Saya berpendapat,untuk beberapa tahun akan datang saya menjangkakan pertumbuhan yang kukuh dan inflasi akan kembali semula kepada 2 peratus.Berdasarkan pada unjuran,saya percaya hal yang kuat boleh dilakukan bagi kenaikkan dalam kadar dana persekutunan secara relatifnya tidak lama lagi".

Dolar AS melantun daripada double bottom.Ianya kemungkinan akan menghasilkan double bottm sekitar 96.20.Pada sesi Khamis,kami mencadangkan belian atas 98.30 dengan sasaran pada 98.50 dan 98.64.Kenaikkan boleh menguji 99.80 dalam sehari atau dua.Dalam dua hari,USDX melakukan ketinggian pada 99.69.Ianya merupakan pergerakkan yang cemerlang.Namun,USDX kemungkinan akan bergerak atas 103.00.

USD/JPY

Pada sesi Asia,pesanan mesin utama Jepun dan minit mesyuarat kewangan akan dikeluarkan.Pada Februari,pesanan mesin utama menurun.Jumlah keseluruhan pesanan mesin,diterima sebanyak 280 pengilang di Jepun,menurun sebanyak 1.4% pada dasar pelarasan bermusim pada Februari daripada bulan sebelumnya.

Dasar Mesyuarat Kewangan Bank Jepun diadakan di ibu pejabat di Tokyo pada Isnin,16 dan 17 Mac.Minit baru sahaja dikeluarkan.Ramai ahli berkata mereka sudah pun bersedia untuk menyambung pelonggaran sehingga inflasi stabil pada 2%.Eksport dijangkakan untuk meningkat secara sederhana,terutama terhadap latar belakang pada pemulihan di ekonomi luar negara.Kadar tahun-ke-tahun meningkat di CPI (semua barangan ditolak barang segar) adalah dalam kadar 0.0-0.5 peratus.kadar tahun-ke-tahun meningkat dalam CPI kemungkinan adalah 0 peratus disebabkan penurunan dalam harga tenaga.

JPY mula untuk didagangkan rendah berbanding USD pada belakang data ini.Kami berkali-kali menasihatkan belian pada setiap harga rendah dengan sl 117.50.Pasangan melakukan tahap rendah pada 118.30 mengubah arahnya.Sekarang,penutupan harian atas 120.50 membawa kepada 122.00.Pada sesi Jumaat,pasangan melakukan ketinggian pada 120.74 tetapi memadamkan kenaikkannya pada akhir hari.Sehingga harga ditutup atas 119.0,sasaran kemungkinan akan berada pada 122.00 awalnya dan pada 125-126 akhirnya.Aliran mingguan lebih memihak kepada belian dengan sl 119.80,dan pedagang posisi boleh menggunakan sl 119.00 menunggu bagi 121.50 dan 122.00.Pelbagai tempoh tahap tinggi dan carta empat jam memihak kepada belian.Sehingga pasangan ditutup atas 119.40,aliran memihak kepada posisi beli.Sokongan urusniaga harian dijumpai pada 119.80.Pembentukkan ketinggian yang tinggi dan ketinggian yang rendah belaku dalam carta satu jam dan empat jam.Kita boleh perhatikan pembentukkan kenaikkan kecil head and shoulder yang terbalik kemungkinan 122.00 dengan sl 119.40.

USD/CAD

Data pekerjaan Kanada menolak dolar Kanada berbanding USD pada sesi Jumaat.Pekerjaan meningkat sebanyak 29,000 pada Mac,dipacu oleh kenaikkan dalam pekerjaan separuh masa.Kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 6.8%.Sepanjang suku pertama,kenaikkan pekerjaan berjumlah 63,000 (+0.4%),akibat daripada kerja separuh masa.Pasangan menjumpai sokongan pada 50Dsma 1.2550 pada sesi Jumaat dan sesi Asia hari ini.Pada sesi Jumaat,kami mencadnagkan belian baru pada 1.2530 tetapi pasangan melakukan tahap rendah pada 1.2563 dan mengubah arahnya.Sokongan urusniaga harian dijumpai pada 1.2560 dan sokongan mingguan dijumpai pada 1.2520 dan 1.2500.Sehingga pasangan ditutup atas 1.2500,gambaran kenaikkan akan kekal mensasarkan 1.2700 dan 1.2750 dalam jangka masa pendek.Pada data utama yang besar esok daripada AS,hari ini kami menjangkakan belian untuk mencatatkan keuntungan.Bagi gambaran urusniaga harian,kami mencadangkan belian dengan sl 1.2560 dengan sasaran pada 1.2620,1.2635,1.2650 dan 1.2700.

Dagangan:Belian dengan sl 1.2560