Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 15 April, 2015

Rumusan Teknikal:

Dengan tahap rendah pada 126.02, kita telah terlepas sasaran jangka panjang yang ideal dengan hanya 4 pips kecil. Walau bagaimanapun, kami beranggapan bahawa kenaikkan harga mengikut tahap rendah kelihatan impulsif tetapi kita masih ingin melihat sokongan kecil yang terletak pada tahap 126.96 melindungi penurunan harga bagi membolehkan harga melonjak di atas tahap 127.83 untuk menyatakan bahagian bawah yang sedang berlaku. Sebaik sahaja kenaikkan harga kecil yang pertama gelombang lima daripada tahap rendah 126.02 mengambil tempat, kita perlu mencari pembetulan harga yang dalam pada gelombang kecil ii, yang sepatutnya digunakan untuk mengambil pesanan membeli EUR dengan menetapkan kedudukan Stop Loss hanya di bawah 126.02 untuk kenaikkan harga yang kuat pada gelombang iii lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Sekiranya anda masih belum mengambil pesanan membeli EUR,maka adalah disyorkan kepada anda agar mengambil pesanan membeli EUR pada tahap ini atau tunggu pembetulan harga ke tahap 126.75 - 126.96 dan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 125.95.