Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh penurunan tarikan aliran 'safe-haven' yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang lebih baik dan pasangan GBP/USD yang lebih kukuh serta permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas ekoran penjualan pengeksport Jepun.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5 hari dan 15 hari kian menurun bagaimanapun stoksatik kini sedang beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 176.65 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 177.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 174.80. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 173.90. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 175.50.
Tahap Rintangan:
176.65
177.05
177.50
Tahap Sokongan:
174.80
173.90
173.15