Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 16 April, 2015

Rumusan Teknikal:

Pasangan mata wang ini begitu hampir untuk tahap rendah baru bagi tahun ini. Penurunan harga daripada tahap 1.4206 adalah tidak begitu cantik dan boleh digambarkan sebagai satu siri gelombang satu dan dua. Dalam kes ini, kita boleh mengharapkan penurunan harga yang kuat tidak lama lagi, sebagaimana siri gelombang tiga akan berlaku. Hanya penembusan harga di atas tahap 1.4148 akan membatalkan prospek ini dan menunjukkan bahawa penurunan daripada tahap 1.4206 adalah pembetulan harga dan kita harus melihat kenaikkan harga baru sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.4206 dan juga ke tahap 1.4237.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah menjual EUR pada tahap 1.4145 dan akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih rendah ke tahap 1.4155. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk menjual berhampiran pada tahap 1.4155 dengan Take profit ditetapkan pada tahap 1.3920 bagi kedua-dua kes.