Rumusan Teknikal:
Kami masih mempunyai dua lagi perkiraan yang berkemungkinan untuk aliran menaik daripada tahap rendah 126.02. Kami masih cenderung untuk memilih siri gelombang satu dan dua berbanding pepenjuru utama, sementara pecutan harga mungkin akan diperlukan tidak lama lagi, manakala penembusan harga di bawah tahap 127.74 akan mengalih perkiraan ke arah pepenjuru utama untuk pembetulan harga ke tahap 126.73 sebelum harga meningkat pada gelombang merah iii.
Oleh itu, para pedagang disarankan agar terus menunggu sehingga pasaran menunjukkan aliran harga yang jelas.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 126.96 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi pada tahap 127.70. Sekiranya harga berjaya menembusi Stop loss. maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli semula pada tahap 126.80 dengan kedudukan stop loss di tahap 126.00.