Analisis Harian GBP/USD untuk 20 April, 2015

Pasangan mata wang GBP/USD ini telah membuat penarikan semula harga pada tahap rintangan 1.4976 dan ia diramal akan mula membentuk corak kenaikkan harga. Kita tidak harus lupa fakta mengenai aliran harga keseluruhan semasa, yang mana ia adalah aliran menurun. Kini, pasangan mata wang berkemungkinan jatuh sehingga mencapai zon sokongan yang terletak di sekitar tahap 1.4820 dan mencari peluang untuk menguji tahap 1.4678 dalam jangka masa sederhana. Indikator MACD kini berada di dalam prospek positif.

Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD kini kelihatan sedang jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada 1.4892, di mana ia harus mencari dasar yang kukuh dalam dagangan jangka masa pendek. Bagaimanapun, kita boleh menjangkakan lebih kekuatan pada tahap 1.4853, sebagaimana terdapat 200 SMA pada carta ini. Penembusan harga pada tahap iniberpotensi untuk membatalkan prospek kenaikan harga jangka pendek kami dan GBP/USD berkemungkinan akan memulakan aliran penurunan harga yang kuat dagangan jangka sederhana dan panjang.


Tahap Rintangan Carta Harian: 1.4976 / 1.5125

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.4820 / 1.4678

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.4979 / 1.5047

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.4892 / 1.4853



Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.4979, take profit di tahap 1.5047, dan stop loss pada tahap 1.4916.