Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 April, 2015

EUR/USD: Masih terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan harga di dalam pasaran ini, sebagaimana pasaran telah membuat usaha terpuji untuk meningkay naik pada minggu lalu (dan dengan ukuran kejayaan). Walau bagaimanapun, harga telah membuat beberapa pembetulan menurun cetek, yang tidak boleh menjejaskan kecenderungan harga sedia ada kecuali garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.0650 ini ditembusi untuk aliran menurun.

USD/CHF: Masih terdapat Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam pasaran ini, sebagaimana pasaran telahdipaksa untuk berdagang dalam aliran menurun minggu lalu, dan dengan hasil yang ketara. Walau bagaimanapun, harga telah membuat beberapa pergerakkan menaik cetek, yang tidak boleh menjejaskan kecenderungan harga sedia ada kecuali garisan rintangan yang terletak pada tahap 0.9700 ini ditembusi untuk aliran menaik.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah melanjutkan pembetulan penurunan harga sejak awal minggu ini, bergerak dari wilayah pengedaran pada tahap 1.5050, dan mencapai wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.4900. Penarikan semula penurunan harga, dalam konteks aliran menaik, telah mendedahkan hampir 150 pips. Adalah diandaikan bahawa pasangan mata wang ini masih berpotensi untuk bergerak naik, bagi memastikan wilayah pengumpulan 1.4800 dan 1.4750 tidak ditembusi.

USD/JPY: Prospek penurunan harga yang sedia ada kini berada di dalam bahaya yang nyata, untuk membolehkan harga membuat beberapa percubaan menaik setelah harga pergi di atas paras permintaan 119.00. Pergerakan menaik di atas tahap permintaan akan terus mengancam prospek penurunan harga; manakala pergerakan harga di bawahnya akan mengesahkan prospek aliran menurun.

EUR/JPY: Perubahan dalam pasaran ini masih belum kelihatan begitu ketara sehingga minggu ini. Apakah di sini adalah semata-mata satu percubaan menaik dalam konteks aliran menurun, dan pergerakan di bawah zon permintaan 127.50 dan 127.00 akan mengukuhkan aliran menurun.