Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh peningkatan risiko kelalaian Greek, eksport Jepun, mata wang dolar yang secara umumnya lebih mengukuh, dan juga kebimbangan bahawa tiada pemenang yang jelas akan dipilih sewaktu proses pilihan raya umum UK diadakan pada 7 Mei. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan GBP/JPY telah diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik berada dalam mod menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 177 Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 176.50. Titik pangsi kekal berada pada tahap 178.20. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 178.40 dan sasaran kedua pada tahap 179.10.
Tahap Rintangan:
178.75
179.10
179.65
Tahap Sokongan:
177
176.50
176