Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan mata wang ini telah disokong oleh mata wang dolar yang secara umumnya lebih mengukuh (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 97.90 berbanding 97.40 awal Isnin) dan selera risiko yang positif (tolok ketakutan VIX susut 4.25% kepada 13.3, S&P 500 ditutup naik 0.92% pada 2,100.4 semalam) ekoran saham Eropah dan Amerika Syarikat yang bertindak balas secara positif terhadap tindakan Bank Rakyat China yang telah menurunkan satu peratusan dalam nisbah keperluan rizab bagi bank-bank. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga didorong oleh kenaikan kadar hasil Perbendaharaan AS (10 tahun pada 1,886% berbanding 1,850% lewat Jumaat), permintaan daripada pengimport Jepun, dan dasar kewangan Bank Jepun yang ultra-longgar. Walau bagaimanapun sentimen USD telah terjejas akibat daripada penurunan bacaan dalam laporan Indeks Aktiviti Nasional Fed Chicago kepada -0.42 pada bulan Mac berbanding -0.18 pada Februari. Keuntungan bagi pasangan USD/JPY ini telah terjejas akibat penjualan eksport Jepun.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun; purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15-hari dan semakin menurun.; tetapi kenaikkan harga corak 'outside-day-range' telah selesai pada Isnin dan stokastik kini dilihat sedang beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 119.80 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 120.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 118.85. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 118.50. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 119.10.
Tahap Rintangan:
119.80
120.10
120.50
Tahap Sokongan:
118.85
118.50
118.30