Analisis teknikal dan cadangan perdagangan Emas untuk 22 April, 2015
Logam kuning kelihatan telah menutup di atas 20 & 50 Dsma pada sesi dagangan semalam. Harga emas telah mengukuh dalam julat harga yang kecil antara $ 1,212.00 dan $ 1,188.00. Emas mengukuh ekoran amanah emas SPDR telah meningkat ke arah 3.29 tan pada hari Selasa menunjukkan peningkatan sebanyak 0.45% kepada 742.35 tan. Di India, permintaan Akshaya Tritiya untuk emas fizikal meningkat pada sesi dagangan semalam. Masyarakat di India percaya bahawa emas yang dibeli pada Akshaya Tritiya akan membawa tuah dan kekayaan. Menjelang mesyuarat menteri-menteri kewangan Zon Euro yang dijadualkan akan berlangsung pada 24 April, emas kini sedang diniagakan pada harga $ 1,200.00. Kebimbangan terhadap isu Greek telah menambah satu lagi faktor yang baru ke dalam pandangan yang kurang memberangsangkan. Euro dijangka kekal tertekan berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai Greece sebagaimana masih belum ada perjanjian yang telah dicapai di antara Greece dan pemiutangnya. ECB sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengetatkan pemberian pinjaman bank kepada Greece. Selain itu, mesyuarat FOMC dijadualkan akan berlangsung pada 29 April. 100Dsma dan 100Dema bertindak sebagai garisan rintangan yang kuat. Kami meramalkan bahawa emas akan didagangkan semula ke arah zon sokongan yang terletak di antara $ 1,183.00 dan $ 1,180.00 sebelum melanjutkan kenaikkan. Tahap sokongan utama didapati berada pada harga $ 1,178.00. Jika harga menutup di bawah $ 1,178.00, maka ia berkemungkinan akan melanjutkan kejatuhannya ke arah tahap rendah 52-minggu. Rintangan urusniaga harian dilihat terletak pada $ 1,202.00 dan $ 1,204.00. Sokongan pula dilihat masing-masing terletak pada tahap $ 1,197.00 dan $ 1,191.00. Emas kini masih didagangkan di atas garisan aliran menaik pada carta empat jam. Untuk gambaran urusniaga harian, kami mencadangkan kepada para pedagang agar menjual di bawah $ 1,197.00 dengan sasaran pada $ 1,192.50, $ 1,191.00, dan $ 1,188.00. Panik akan dicetuskan di bawah $ 1,178.00. Ambil pesanan membeli semasa kenaikkan harga di atas $ 1,204.00 dengan sasaran pada $ 1,208.0, $ 1,210.00, dan $ 1,212.00. Pergerakkan harga yang ketara dijangkakan akan melepasi tahap $ 1,212.00. Untuk tempoh 2 hari yang akan datang, kami menjangkakan bahawa harga bakal diniagakan di antara tahap $ 1,180.00 dan $ 1,210.00.