Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 April, 2015

EUR/USD: Seperti yang telah diramalkan, penembusan harga telah berlaku pada pasangan ini, berikutan pengukuhan harga yang kelihatan pada baru-baru ini, telah memihak kepada aliran menaik lembu. Harga telah berdagang di atas garisan sokongan 1.0800, hampir menyentuh garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.0850. Pada masa sekarang, garisan rintangan adalah merupakan sasaran yang mudah untuk kenaikan harga kerana ia berpotensi untuk ditembusi untuk aliran menaik.

USD/CHF: Keadaan dagangan untuk pasangan ini adalah sebahagian besarnya ditentukan oleh apa yang berlaku kepada mata wang CHF dan EUR. CHF telah melemah pada hari Rabu dan pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Mata wang EUR telah diperkuatkan pada hari semalam dan pasangan ini telah menjunam jatuh. Sokongan yang terletak pada tahap 0.9550 telah ditembusi, dan oleh itu, kecenderungan dalam pasaran kini telah bertukar kepada aliran penurunan harga.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD secara umumnya bergerak menaik pada minggu ini. Harga dilihat telah menutup di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.5050 (yang mana ia adalah merupakan sasaran kami untuk minggu ini). Sasaran seterusnya untuk kenaikkan harga terletak di wilayah pengedaran 1.6000, yang mana ini berkemungkinan akan ditembusi pada hari ini atau minggu hadapan. Walau bagaimanapun, harapan ini tidak akan menyebabkan kemungkinan penarikan semula harga jangka pendek menjadi tidak sah.

USD/JPY: Pergerakan instrumen perdagangan mata wang ini telah menjadi tidak menentu dan gagal untuk diramal, walaupun ia kelihatan seolah-olah sedang memihak kepada aliran menaik. Didapati terdapat tahap bekalan pada 120.00 dan tahap permintaan pada 119.00. Harga mesti kekal berdagang di atas tahap bekalan atau di bawah tahap permintaan untuk arah aliran harga yang jelas.

EUR/JPY: Sama seperti pasangan EUR/USD, pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi aliran menaik, memberi kesan terhadap Corak Pengesahan Kenaikkan harga di dalam carta. EMA 11 kini sedang berada di atas EMA 56, manakala tempoh RSI 14 kini berada di atas tahap 50. Ini adalah merupakan isyarat kenaikkan harga. Beli!