Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 27 April, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh kemerosotan pasangan USD/JPY dan jualan pengeksport Jepun serta kesan lanjutan daripada jangkaan minit mesyuarat MPC UK Bank of England kurang dovish yang telah dikeluarkan pada Rabu lalu, selera risiko pelabur yang positif, dan permintaan bagi mata wang sterling sewaktu pasangan EUR/GBP melemah. Walau bagaimanapun, dagangan bagi pasangan GBP/JPY ini telah dihadkan oleh selera risiko pelabur yang positif dan permintaan daripada pengimport Jepun.

Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari kini berada diatas purata pergerakkan 15 hari dan semakin meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 181.20 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 181.80. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 179.40. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 178.40. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 180.

Tahap Rintangan:
181.20
181.80
182.45
Tahap Sokongan:
179.40
178.90
178.50