Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama pada 29 April, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini telah meneruskan pergerakkan menaik melebihi 110 pips pada hari Selasa. Isyarat kenaikkan harga masih berpotensi untuk meneruskan, dan garisan rintangan terletak pada tahap 1.1000 manakala 1.1050 adalah tahap sasaran yang seterusnya. Euro tidak mungkin akan kehilangan momentum sekiranya ia berlaku.

USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang kekal tidak menentu. Tahap sokongan yang terletak pada tahap 1.9500 telah diuji sebanyak beberapa kali pada baru-baru ini dan ia boleh diuji sekali lagi. Tekanan jualan yang kuat diperlukan pada tahap sokongan ini bagi membolehkan harga menembusi aliran menurun.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah gagal untuk mengekalkan kecenderungan aliran menaik semasa sehingga sekarang. Harga telah bergerak ke arah atas melebihi 740 pips dari wilayah pengumpulan 1.4600 dan harga telah menutup di atas wilayah pengumpulan 1.5300. Sasaran seterusnya untuk aliran menaik berada di wilayah pengedaran sekitar tahap 1.5350 dan 1.5400, yang mana ia berkemungkinan akan ditembusi pada hari ini atau esok.

USD/JPY: Ia adalah merupakan pasaran di mana ayunan menaik dan ayunan menurun adalah jangka pendek. Walau bagaimanapun, melihat dengan lebih dekat telah mendedahkan bahawa aliran penurunan harga kini sedang mendominasi dan hasil daripada ini, kita boleh melihat kesinambungan tekanan menjual. Sementara aliran penurunan harga berkemungkinan akan berjaya membawa harga ke tahap permintaan 118.50, penurunan harga yang kuat dalam pasaran akan diperlukan untuk membolehkan harga menembusi tahap permintaan untuk aliran menurun.

EUR/JPY: Aliran harga bagi pasangan mata wang ii adalah menaik, harga kini sedang berdagang di atas EMA 11, yang terletak di atas tempoh EMA 56. RSI 14 kini berada di atas tahap 50. Kesemua ini memihak kepada Corak Pengesahan Kenaikkan harga dan kekuatan pada mata wang euro, harga akhirnya boleh mencapai zon bekalan yang terletak pada tahap 131.50.