Indeks USDX kelihatan seolah-olah akan mengukuh pada struktur penurunan harga semasa di dalam carta harian, sebagaimana Indeks kini kelihatan sedang mencuba untuk mengukuh di bawah tahap 96.30 dan harga sedang mencari peluang untuk mencapai zon sokongan yang terletak pada tahap 95.00. Akhirnya, USDX boleh mempercepatkan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 95.00, yang mana ia boleh membuka jalan untuk harga menguji 200 SMA.
Semasa sesi dagangan semalam, indeks USDX dilihat telah berjaya mengukuh di bawah tahap rintangan 96.34 dan kini kami menjangkakan beberapa penyatuan penurunan harga, tetapi ia memihak kepada pergerakkan mendatar. 200 SMA masih menunjuk ke arah bawah dan terdapat ruang yang cukup untuk harga pergi lebih rendah, walau bagaimana indeks USDX berpotensi untuk melakukan lantunan semula yang kuat pada tahap harga semasa. Kami tidak mencadangkan kepada pedagang urusniaga harian pada hari ini.
Tahap Rintangan Carta Harian: 97.83 / 99.94
Tahap Sokongan Carta Harian: 96.30 / 95.00
Tahap Rintangan Carta 1H: 96.83 / 97.18
Tahap Sokongan Carta 1H: 96.34 / 95.87
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 96.34 take profit di tahap 95.87, dan stop loss pada tahap 96.83.