Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dalam kecenderungan harga yang lebih tinggi kerana pasaran kini sedang menunggu pengumuman laporan ekonomi KDNK flash AS untuk Suku pertama (ramalan + 1.0%) jam 12:30 GMT dan keputusan dasar kewangan Rizab Persekutuan yang dijadualkan bakal diketahui pada jam 18:00 GMT. Fed dijangkakan akan mengekalkan kadar faedah tetapi peserta pasaran akan tetap menanti kenyataan bagi mana-mana petunjuk baru mengenai tarikh mula kenaikkan kadar, dan bagaimana ia boleh diteruskan sebaik sahaja ia bermula. Hari ini, kecairan adalah tipis di Asia sebagaimana pasaran kewangan di Jepun ditutup sempena cuti umum. Pasangan mata wang USD/JPY terjejas berikutan sentimen dolar yang negatif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 96.10 berbanding 96.85 awal Selasa) pada penurunan yang mengejut dalam laporan Indeks keyakinan pengguna Lembaga Persidangan Amerika Syarikat kepada 95.2 pada bulan April daripada 101.4 pada bulan Mac (berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan kepada 102.5) . Dagangan USD/JPY juga dipengaruhi oleh pesanan membeli yen daripada pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/JPY kini sedang diganggu oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 2.003% berbanding 1.924% lewat Isnin), pembelian yen di tengah-tengah selera risiko yang lebih baik (tolok ketakutan VIX susut 5.41% kepada 12.41; S&P 500 ditutup naik 0.28% pada 2,114.76 semalam), pesanan penjualan mata wang yen dari pengimport Jepun dan dasar kewangan Bank Jepun yang ultra-longgar.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada dibawah purata pergerakkan 15 hari dan semakin menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 119.45. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 119.75. Titik pangsi kekal berada pada tahap 118.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 119.45 dan sasaran kedua pada tahap 119.75.
Tahap Rintangan:
119.45
119.75
120.10
Tahap Sokongan:
118.50
118.30
117.75