Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen USD yang positif, pendirian dasar monetari Bank Rizab New Zealand yang "dovish", dan kemerosotan harga tenusu. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh perbezaan kepentingan NZD-USD.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15-hari dan semakin menurun, meskipun corak "inside-day-range" telah selesai pada Isnin.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7490. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7435. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7585. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7635 dan sasaran kedua pada tahap 0.7665.
Tahap Rintangan:
0.7635
0.7665
0.77
Tahap Sokongan:
0.7490
0.7435
0.74