Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan berdagang dalam aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh setimen USD yang positif, kadar faedah Swiss yang negatif serta ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, sentimen Swissie telah dirangsang oleh PMI Switzerland bagi bulan April yang mencatatkan bacaan lebih kukuh 47.9 berbanding jangkaan (berbanding ramalan 47.7). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga telah dipengaruhi oleh permintaan franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5 dan 15-hari kian menurun, tetapi stokastik kini sedang beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.92+0. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9220. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9380. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9420 dan sasaran kedua pada tahap 0.9500.
Tahap Rintangan:
0.9420
0.95
0.9575
Tahap Sokongan:
0.9290
0.9220
0.9175