Analisis Gelombang Emas untuk 06 Mei, 2015

Harga emas berkemungkinan besar telah membuat sekurang-kurangnya tahap tinggi jangka pendek pada harga $ 1,199.50 selepas penurunan gelombang 5. Lantunan menaik harga adalah merupakan satu langkah pergerakkan gelombang tiga yang telah mencapai sasaran 61.8% Fibonacci. Saya percaya bahawa kini adalah masa yang tepat untuk mengambil pesanan menjual sekali lagi dengan menetapkan sasaran pada harga $ 1,150 sebagai sasaran jangka masa pendek. Sokongan dilihat terletak pada tahap $ 1,185. Sekiranya tahap ini berjaya ditembusi, maka para pedagang disyorkan agar mengambil pesanan menjual selanjutnya.

Garisan Biru = garisan aliran sokongan

Harga emas juga dilihat telah menembusi garisan aliran sokongan biru daripada tahap $ 1,170. Harga kini ditolak sekali lagi oleh Ichimoku Cloud. Penarikan semula 61.8% adalah tahap untuk menjual. Sokongan terletak pada harga $ 1,185 dan saya akan mengambil pesanan menjual yang seterusnya pada tahap ini jika harga berjaya menembusi di bawahnya. Sasaran jangka pendek minimum adalah pada harga $ 1,150 terutamanya jika harga menembusi di bawah tahap $ 1,170.

Carta mingguan kekal menurun apabila harga masih didagangkan di bawah Ichimoku Cloud dan di bawah garisan kuning indikator Kijun sen. Sokongan mingguan terletak pada tahap $ 1,170-80. Penembusan harga di bawah tahap ini akan mendorong harga emas untuk bergerak sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,150. Sokongan jangka panjang kritikal berada pada tahap $ 1,130. Penembusan harga di bawah tahap tersebut akan menolak emas untuk berdagang ke tahap terendah baru pada $ 1,000 atau mungkin juga pada tahap $ 900.