Huraian:
Pasaran pasangan USD/CAD akan terus menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan keadaan pasaran yang kekurangan kekuatan berdasarkan pada tahap 1.2154 (23.6% daripada tahap penarikan semula Fibonacci). Oleh yang demikian, tahap 1.2150 ini telah mewakili rintangan yang kuat oleh itu tahap sokongan pasangan USD/CAD ini telah ditembusi dan beralih kepada rintangan pada carta 1H semalam. Tambahan pula, mengikut kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 1.2150 dan 1.1914. "Double bottom" akan berada pada titik 1.1914 dengan harga yang sama. Oleh yang demikian, sekiranya aliran harga ini gagal untuk menembusi dan menutup di atas tahap 1.2150, maka ia akan menjadi momentum penurunan harga yang agak meyakinkan dan struktur kejatuhan tidak kelihatan seperti pembetulan, pasaran kemudianya diramalkan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.2150. Oleh itu, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap ini sekaligus membolehkan pasangan meneruskan pergerakkan menurun ke arah tahap 1.1914 untuk menguji "double bottom". Lebih-lebih lagi, jika pasangan USD/CAD berjaya menembusi "double bottom" pada tahap 1.1914, aliran ini akan membentuk tahap rendah baru sekitar 1.1881.