Gambaran Umum untuk 07/05/2015 08:20 CET
Perkiraan menaik impulsif terbatal kerana gelombang rendah dua telah bertindih dengan permulaan gelombang satu. Oleh itu, kenaikkan harga baru-baru ini tidak boleh menjadi permulaan kesinambusang aliran harga. Ia hanya kelihatan seperti lantunan jangka pendek untuk membuat tahap tinggi gelombang XX coklat pada tahap 1.2203. Ini menandakan bahawa terdapat satu lagi gelombang penurunan harga yang hilang untuk melengkapkan struktur pembetulan keseluruhan gelombang Z coklat pada gelombang 4 hijau. Terdapat dua tahap rintangan yang berkemungkinan dari mana aliran penurunan harga berpotensi untuk bermula: pertama adalah rintangan urusniaga harian pada tahap 1.2086 dan yang kedua ialah garisan aliran rintangan dinamik emas yang berada di sekitar tahap 1.2138. Sila perhatikan perbezaan kenaikan harga yang telah dibentuk, bagaimanapun ia mungkin hanya mempunyai kesan "shot-lasting", kecuali tahap 1.2203 ini berjaya ditembusi.
Sokongan/Rintangan:
1.1938 - Ayunan Rendah
1.2029 - WS1
1.2086 - Rintangan Urusniaga Harian
1.2115 - Pangsi Mingguan
1.2138 - Garisan Aliran Rintangan
Cadangan Perdagangan:
Daytraders harus mempertimbangkan peluang belian jangka pendek daripada tahap harga semasa dengan SL ketat dan TP ditetapkan pada tahap 1.2086 dengan kesinambungan aliran menaik berpotensi ke arah tahap 1.2138.