Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan EUR/CAD untuk 08 Mei, 2015

Jumlah bilangan permit bangunan Kanada meningkat sebanyak 11.6% kepada $ 6.9 bilion pada bulan Mac berbanding pada bulan sebelumnya. Ini adalah merupakan peningkatan pertama yang direkodkan dalam tempoh tiga bulan. Selain itu, harga minyak yang menurun daripada $ 62.00odd juga telah mempengaruhi dagangan mata wang Kanada. Seperti yang kita tahu, mata wang Kanada adalah merupakan mata wang komoditi. Hari ini, perhatian para pedagang diramalkan akan tertumpu kepada laporan perubahan pekerjaan Kanada dan kadar pengangguran. Kami menjangkakan kedua-dua data Kanada ini akan mencatatkan bacaan yang positif. Pada sesi dagangan semalam, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3750 dan 1.3760; tepat sekali, pasangan mata wang ini telah membuat tahap tinggi pada 1.3765 dan menukar ke arah rendah. Sekiranya tahap 1.3765 ini berjaya ditembusi, maka lantunan harga yang ketara adalah diramalkan. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.3570 34hrsma. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3570 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.3510 dan 1.3470. Panik akan dicetuskan di bawah 1.3470 ke arah 1.3400. Kenaikan harga semasa akan terbatal sekiranya harga berjaya menembusi di bawah tahap 1.3385. Dari segi kenaikan harga, dua tahap telah menahan aliran kenaikkan harga 1.3765 dan 1.3780 200Wsma 50Msma. Kami menjangka kenaikkan sebanyak 400pips jika tahap tersebut ditembusi pada asas penutupan. Pasangan mata wang ini kelihatan telah mengukuh untuk tempoh 6 hari sebelum ia bergerak lebih tinggi mencapai tahap rintangan utama. Pasangan ini telah berjaya menutup di atas 20Dsma dan 50Dsma. Jika harga menutup di atas tahao 1.3765, maka pasangan mata wang ini akan merekodkan tahap rendah baru yang mensasarkan ke arah tahap 1.3820 dan 1.4070 dalam tempoh terdekat. Pada sesi dagangan semalam, kami telah menasihatkan para pedagang bahawa sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap yang lebih tinggi dalam tempoh satu atau dua hari, maka pasangan ini berpotensi untuk diperbetulkan ke arah 1.3600 dan 1.3520. Sebagaimana pasangan mata wang kini telah membuat tahap rendah pada 1.3595 dan harga telah ditolak ke tahap 1.3765 sekali lagi.

Perdagangan: Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3570dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.3510 dan 1.3470

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.3630 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.3660 dan 1.3700/1.3710.