Rumusan Teknikal:
Seperti yang telah kami sebutkan semalam, kenaikkan harga yang yang sempurna pada gelombang lima telah dilihat daripada tahap rendah 1.3880 dan pembetulan harga adalah harus dijangkakan. Sasaran pertama harus mencari tahap rendah gelombang empat daripada satu darjah "lessor", yang bermaksud gelombang iv pada tahap 1.4725, yang juga menandakan sasaran pembetulan 38.2%. Oleh yang demikian, kita perlu menjangkakan sokongan kukuh pada tahap 1.4725 dan bahagian bawah gelombang (ii) berkemungkinan telah bersiap sedia untuk meningkat lebih tinggi pada gelombang (iii).
Semalam, kami telah memanfaatkan peluang dengan menjual EUR bersama stop loss kecil. Pasaran telah menembusi stop loss untuk kerugian kecil, tetapi selepas mendapat 3 kali keuntungan yang lumayan sejak daripada tahap rendah 1.3880, kerugian yang kecil tidak menjejaskan apa-apa tetapi kebanggaan kami. Walau bagaimanapun, terdapat satu pengajaran yang boleh diambil untuk kita. Anda tidak boleh cuba untuk memilih puncak atau berdagang terhadap aliran harga sebelum pergerakkan aliran harga disahkan. Oleh yang demikian, kami melakukan kedua-dua perkara dan kebanggaan kami telah tercalar sedikit.
Kami sangat tertarik untuk mengambil pesanan menjual untuk 365 pips keuntungan dan ia masih lagi, tetapi pasangan berkemungkinan besar akan menembusi di bawah garisan sokongan 1.5019 untuk mengesahkan bahawa tahap atas kini telah mengambil tempat dan pembetulan ke arah sasaran pembetulan pada tahap 1.4725 kini berlangsung. Walau bagaimanapun, kami melakukan risiko yang lebih dan oleh itu pembetulan harga ini telah bergerak ke sasaran pembetulan 23.6% yang terletak pada tahap 1.4924, yang juga sangat hampir dengan bahagian atas gelombang iii pada 1.4903. Terdapat kemungkinan bahawa kita hanya berada di tengah-tengah tahap tinggi gelombang iii. Oleh itu, kami akan menahan diri daripada mengambil pesanan menjual EUR dan menunggu peluang membeli yang baru.
Cadangan Perdagangan:
Kami akan membeli EUR pada tahap 1.4735 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5185 (satu pesanan akan membatalkan pesanan yang lain) Jika sasaran berjaya ditembusi oleh harga, maka Stop loss akan terletak 10 pips di bawah tahap rendah semasa (mungkin terletak pada tahap 1.5009).