EUR/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini akan menjadi penentu utama untuk pergerakan pasangan mata wang USD/CHF dan EUR/JPY pada minggu ini. Oleh yang demikian, perhatikan dengan teliti aliran dagangan pasangan ini.
USD/CHF: Pasangan mata wang kini kelihatan sedang cuba untuk membuat kenaikkan dalam konteks kecenderungan aliran menurun secara keseluruhan. Minggu ini, acara pasangan mata wang ini akan ditentukan oleh apa yang berlaku ke atas pasangan EUR/USD. Melainkan jika terdapat kelemahan yang jelas pada pasangan mata wang EUR/USD, kenaikkan harga semasa pasangan USD/CHF akan menyediakan peluang yang baik untuk aliran penurunan harga memasuki kemasukan pesanan menjual pada harga yang lebih baik.
GBP/USD: Prospek pasangan mata wang GBP/USD untuk minggu dan bulan ini adalah melemah - meskipun kecenderungan semasa adalah aliran menaik. Kecenderungan kenaikkan harga semasa sebahagian besarnya ditentukan oleh sentimen positif dan keyakinan yang berasal dari UK. Sentimen kenaikkan harga ini berpotensi untuk terus menolak harga ke tahap yang lebih tinggi, bagaimanapun mana-mana kegagalan harga untuk menembusi di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.5250 dan 1.5200 berkemungkinan akan menyebabkan ancaman terhadap kecenderungan pasaran yang sedia ada.
USD/JPY: Keadaan pasaran bagi pasangan mata wang USD/JPY kini adalah tidak menentu ekoran volatiliti pasaran, dengan ayunan menaik dan tinggi menjadi jangka pendek. Positional dan swing trader boleh harus menjauhkan diri daripada pasaran ini sehingga terdapat pergerakan harga yang jelas dalam satu arah. Sementara itu, pasaran ini adalah amat baik untuk pedagang scalpers dan intraday.
EUR/JPY: Minggu ini, dagangan bagi pasangan mata wang EUR/JPY sebahagian besarnya akan ditentukan oleh kekuatan pada mata wang EUR itu sendiri. Sekiranya EUR terus mengekalkan stamina mereka, maka pasangan mata wang ini diramal akan meneruskan pergerakkan menaik, menguji zon bekalan yang masing-masing terletak pada tahap 136.00 dan 136.50. Mana-mana penurunan harga yang ketara pada mata wang EUR akan mendorong kepada kejatuhan pasangan mata wang ini.