Analisis Harian USDX untuk 11 Mei, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, kelihatan masih terdapat pertempuran di antara aliran kenaikkan harga dan penurunan harga sebagaimana sokongan yang terletak pada athap 93.95 adalah sangat kuat dan indeks kini sedang mencuba untuk menembusi tahap rintangan 95.00 untuk melonjak naik menuju ke arah zon rintangan pada tahap 96.30. Sekiranya pergerakkan ini berlaku, maka harga diramalkan akan menembusi tahap tinggi baru dalam jangka masa sederhana, sebagaimana USDX kini mempunyai momentum kenaikan harga.


Kelihatan masih terdapat rintangan dinamik dalam carta H1, kerana USDX kini sedang diniagakan sangat hampir dan di bawah zon di mana 200 SMA (95.34) terletak. Pada masa ini, kami mahu melihat beberapa pengukuhan mendatar sebelum beberapa pergerakkan ketara harga. Kesemua petunjuk menyatakan prospek kenaikkan harga mempunyai kemungkinan yang paling tinggi untuk berjaya dalam gambaran dagangan semasa.


Tahap Rintangan Carta Harian: 95.00 / 96.30

Tahap Sokongan Carta Harian: 93.95 / 92.64

Tahap Rintangan Carta 1H: 95.34 / 95.94

Tahap Sokongan Carta 1H: 94.70 / 93.85


Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 94.70, take profit di tahap 93.85, dan stop loss pada tahap 95.56.