Analisis Teknikal Emas untuk 12 Mei, 2015

Harga emas telah menembusi di bawah garisan aliran sokonganjangka pendek dan kekal berdagang di bawah rintangan Cloud. Aliran ini masih melemah dalam kesemua peringkat masa dan julat dagangan semakin ketat saban hari. Ini menandakan bahawa kita akan melihat satu aliran harga baru tidak lama lagi. Saya percaya bahawa senario yang kurang memberangsangkan mempunyai lebih banyak peluang untuk berjaya.

Garisan Merah = rintangan

Garisan Biru = sokongan

Dagangan jangka pendek carta 4-jam menunjukkan bahawa harga telah menembusi garisan sokongan biru dan menguji semula pada masa sekarang. Harga masih berdagang di bawah garisan aliran rintangan merah dan rintangan Cloud pada tahap $ 1,190- $ 1,200. Sokongan didapati berada pada tahap $ 1,180-78.

Carta mingguan kekal melemah dalam dagangan jangka panjang sebagaimana harga kekal berdagang di bawah rintangan Cloud dan di bawah Kijun-sen. Sokongan oleh Tenkan-sen (garisan merah) pada tahap $ 1,180 adalah merupakan tahap utama.