Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan untuk GBP/USD bagi 21 Mei 2015

Bukti pemulihan kenaikkan muncul daripada kawasan sekitar 1.4550 dimana penyelubungan graf mingguan ditunjukkan.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya,dengan bertahan atas tahap 1.5000-1.5080 mendedahkan zon bekalan mingguan pada 1.5500-1.5550 (secara kasarnya sepadan kepada 50% tahap Fibonacci),dimana tekanan penurunan yang ketara sebelumnya dikenakan pada 22 Februari.

Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah pun ditolak di atas tahap bekalan mingguan (1.5530) dan 1.5720 (FE 100%).Inilah sebab mengapa graf mingguan perlu diperhatikan untuk menentukan destinasi seterusnya untuk pasangan mata wang.

Adalah diingatkan bahawa dengan kegigihan harga di atas tahap bekalan mingguan 1.5530 (juga bersamaan dengan tahap Fibo 50%) akan menghalang aliran penurunan jangka masa panjang untuk beberapa ketika.

Pergerakkan mendatar dengan sedikit kecenderungan penurunan harga telah pun ditunjukkan pada carta harian sehingga penembusan kenaikkan berlaku atas 1.4970-1.5000 (melalui corak pembalikkan kenaikkan jangka masa panjang).

Zon harga diantara 1.5000 dan 1.5050 (38.2% dan 50% tahap Fibonacci harian) gagal untuk bertahan.Tambahan pula,ianya sekarang bertepatan dengan tahap permintaan yang menonjol bagi pasangan GBP/USD.

Ia telah menawarkan kemasukkan pesanan membeli untuk ujian semula yang berlaku pada minggu lepas.

Penutupan harian di atas zon bekalan mingguan pada tahap 1.5500-1.5530 telah mendedahkan bekalan selanjutnya yang terletak pada tahap 1.5720 (100% Lanjutan Fibonacci pada ayunan kenaikkan semasa).

Bukti tekanan penurunan harga telah dikenakan sekitar tahap 1.5720 (FE 100% dan had atas saluran kenaikan harga yang digambarkan) penarikan semula penurunan harga telah berlaku ke arah tahap 1.5500 awal hari semalam.

Zon harga (1.5450-1.5500) adalah bertepatan dengan zon permintaan ketara yang menawarkan kemasukan pesanan MEMBELI pada hari semalam. Ia berjalan untuk keuntungan sekarang.

Kegigihan harga diatas tahap 1.5720 (100% FE) adalah diperlukan bagi membolehkan harga melanjutkan kenaikkan mneuju ke tahap yang lebih tinggi. Sasaran kenaikkan harga awal terletak pada tahap 1.5950 (FE 141.4%).