EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD kini sedang didagangkan dalam aliran melemah, berada di bawah garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1000. Aliran penurunan harga yang seterusnya berkemungkinan akan menyebabkan garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0900 dan 1.0850 diuji pada minggu ini. Sementara itu, terdapat garisan rintangan pada tahap 1.1050 dan 1.1100.
USD/CHF: Pasangan mata wang ini kelihatan semakin mengukuh pada masa ini berikutan stamina kuat yang terdapat pada mata wang USD. Pasangan mata wang ini telah bergerak naik sebanyak 300 pip pada minggu lalu dan ia kini begitu hampir untuk menembusi tahap rintangan 0.9450: harga akan menembusi tahap ini untuk aliran menaik. Sekiranya perkara ini berlaku, maka sasaran kenaikkan harga yang seterusnya adalah pada tahap rintangan 0.9550.
GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang melemah, menyatakan isyarat "menjual" pada Wilayah pengumpulan 1.5450 yang berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menurun sebagaimana aliran penurunan harga kelihatan seolah-olah akan menuju ke arah wilayah pengumpulan seterusnya yang terletak pada tahap 1.5400. Isyarat penurunan harga baru akan kekal sah selagi wilayah pengedaran pada tahap 1.5700 tidak ditembusi untuk aliran menaik.
USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY telah mengukuh pada hari Isnin - dalam konteks aliran menaik. Didapati terdapat Corak Pengesahan kenaikkan harga di dalam pasaran dan kebarangkalian bahawa pasaran akan pergi lebih jauh ke arah atas adalah lebih besar daripada kebarangkalian bahawa pasaran akan pergi ke arah bawah.
EUR/JPY: Bagi pasangan mata wang ini, ia telah mengukuh pada minggu lalu sementera aliran menurun, masih melemah. Pada hari Isnin, harga dilihat telah melanjutkan pergerakkan ke arah bawah, berada hanya di bawah zon bekalan pada tahap 133.50. Sasaran seterusnya ialah zon permintaan pada tahap 133.00, yang mana ia akan menembusi untuk aliran penurunan harga. Pengukuhan pasangan mata wang ini akan mengambarkan bahawa mata wang euro kini telah memperoleh tenaga.