Emas analsiis teknikal untuk 27 Mei 2015

Harga emas telah ditolak rendah semalam selepas nombor Leading Indicator dikeluarkan dan mencecah tahap sokongan pada $1,185 dengan garisan aliran kenaikan yang condong.Gambaran jangka masa panjang saya kekal hidup sebagai saya percaya bahawa kawasan pada $1,130-40 akan diuji sebaik sahaja kita menembusi kadar dagangan pada $1,220-$1,175.

Garisan merah=sokongan garisan aliran

Seperti yang dapat dilihat dalam carta 4-jam diatasn,garisan aliran yang menghubungkan tahap rendah yang penting dicecah semalam dan sokongan telah diletakkan.Walaubagaimanapun,harga sedang berada bawah Ichimoku cloud,yang bermakna aliran jangka masa pendek kekal menurun.Hari ini,kita boleh melihat lantunan ke arah $1,200,yang merupakan tahap rintangan jangka masa pendek yang pertama.Penembusan bawah $1,180 akan menjadi petanda yang tidak baik.

Carta mingguan kekal menurun sebagai harga telah ditolak sekali lagi pada kijun-sen dan harga sedang didagangkan bawah tenkan-sen.Harga juga telah ditolak pada rintangan cloud dan ini merupakan petanda penurunan yang lain.Carta mingguan kekal bawah cloud dan saya percaya dalam jangka masa panjang kita akan melihat harga emas untuk berada bawah $1,150-$1,130.Ini merupakan sokongan yang kritikal yang dimana jika ditembusi ia boleh menolak harga ke arah $1,000.