Analisis Harian GBP/USD untuk 28 Mei, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih berdagang dalam aliran yang memihak kepada penurunan harga, menguji zon sokongan yang terletak pada tahap 1.5346. Kami masih mengharapkan kesinambungan pergerakkan harga ke tahap yang lebih rendah sebagaimana pasangan ini seolah-olah akan mengukuh ke arah bawah, sekurang-kurangnya dalam jangka masa sederhana. Buat masa ini, masih terdapat risiko yang tinggi untuk potensi pemulihan harga pada tahap harga semasa.

Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di bawah tahap 1.5358 kerana ia boleh jatuh sehingga mencecah pada tahap sokongan 1.5259. Selain itu, pasangan ini kelihatan seolah-olah akan membentuk satu lagi corak harga rendah yang lebih rendah, sebagaimana kecenderungan aliran penurunan harga di dalam gambaran urusniaga harian masih sangat kuat. 200 SMA pada carta 1H menunjukkan aliran penurunan harga dan indikator MACD masih dalam lingkungan positif, bagaimanapun ia menunjukkan tanda-tanda kelemahan.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5543 / 1.5745

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5346 / 1.5199

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5443 / 1.5513

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5358 / 1.5259

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5358, take profit di tahap 1.5259, dan stop loss pada tahap 1.5459.