Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 28 Mei - 2015

Rumusan Teknikal:

Harga telah menembusi di atas garis rintangan kecil daripada gelombang (i) tinggi pada tahap 139.96. Bahagian atas gelombang b yang terletak pada tahap 135.35 juga telah ditembusi, ini menandakan bahawa kenaikkan harga impulsif seterusnya yang lebih tinggi pada gelombang (iii) sekurang-kurangnya ke arah tahap 144.03 kini sedang membangunkan.

Untuk dagangan jangka pendek, kita akan mencari sokongan kecil pada tahap 134.72 untuk melindungi aliran penurunan harga sekaligus membolehkan pasangan mata wang ini untuk menembusi di atas tahap 135.49 bergerak ke tahap yang lebih tinggi 136.96 dan mungkin juga ke arah tahap 144.03. Penembusan harga dii atas garis rintangan saluran asas berhampiran pada tahap 139.00 ini akan memanggil pecutan harga yang lebih tinggi sebagaimana gelombang (iii) berkemungkinan akan melepasi sasaran pada tahap 144.03.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah membeli EUR daripada tahap 134.20 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 133.60. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 135.00 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 135.49 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 133.60.