Analisis Teknikal USD/CHF untuk 29 Mei, 2015

Huraian:

Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga bagi pasangan mata wang USD/CHF telah didagangkan diantara tahap 0.9556 dan 0.9374. Tahap 0.9556 mewakili titik pangsi mingguan. Perlu diingatkan bahawa titik pangsi mingguan bersamaan dengan nisbah 61.8% tahap Penarikan semula Fibonacci. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.9556 pada dagangan jangka pendek dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9374 untuk menguji sokongan 1. Sekiranya aliran harga ini berjaya menembusi sokongan 1 yang terletak pada tahap 0.7374; maka harga berkemungkinan akan kembali berdagang ke tahap 0.9287 dengan tujuan untuk membentuk "double bottom". Oleh itu, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga pada tahap 0.9556 dan melanjutkan pergerakkan menuju ke arah gelombang penurunan harga akhir pada tahap 0.9287. Walau bagaimanapun, lokasi yang terbaik untuk meletakkan stop loss adalah pada tahap 0.9575 kerana stop loss TIDAK boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda.

Tahap Teknikal Urusniaga Harian:

Tarikh: 29/05/2015

Pasangan mata wang: USD/CHF

R3: 0.9611 R2: 0.9577 R1: 0.9535 PP: 0.9501 S1: 0.9459 S2: 0.9425 S3: 0.9383