Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 01 Jun - 2015

Rumusan Teknikal:

Kenaikkan impulsif daripada tahap rendah 133.07 terus berlaku seperti yang diharapkan. Untuk dagangan jangka pendek, kami kini sedang mencari pergerakkan harga yang lebih hampir dengan tahap rintangan 136.57 untuk menamatkan gelombang biru iii dan memanggil untuk pembetulan harga kecil pada gelombang biru iv ke arah tahap 135.86 dan mungkin juga ke tahap 135.47 sebelum harga bergerak lebih tinggi menuju ke arah 137.52.

Sebagaimana harga kini sedang berada dalam kenaikkan impulsif baru, kita perlu cari kesinambungan harga yang lebih tinggi dengan sasaran menaik utama seterusnya terletak pada tahap 144.03.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah membeli EUR daripada tahap 134.20 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi pada tahap 135.25. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli disekitar tahap 135.47 - 135.86 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 135.25.