Huraian Fundamental: Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas mencecah tahap rendah mingguan 0.9343 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen USD yang melemah dan permintaan mata wang franc pada perdagangan berbanding mata wang utama. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh kadar faedah Swiss yang negatif dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Data Swiss bercampur-campur pada hari Jumaat apabila penguncupan 0.2% lebih besar daripada yang dijangkakan dalam laporan KDNK Suku pertama Switzerland Q1 (berbanding ramalan -0.1%) diimbangi oleh barometer ekonomi Switzerland KOF yang lebih kukuh daripada jangkaan 93.1 (berbanding ramalan 90.0) pada bulan Mei.
Komen Teknikal: Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaimanapun Stokastik kini menurun pada tahap terlebih beli.
Cadangan Perdagangan: Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.95 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9550. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9335 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9280. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9385.
Tahap Rintangan: 0.9500 0.9550 0.9610
Tahap Sokongan: 0.9335 0.9280 0.9245