EUR/USD: Pasangan mata wang kelihatan telah melonjak naik dengan ketara berikutan stamina yang terdapat pada mata wang euro. Ini telah memberi kesan kepada pasangan mata wang EUR yang lain, seperti pasangan mata wang EUR/CAD dan EUR/JPY. Pasaran ini berpotensi untuk melanjutkan kesinambungan aliran menaik sebagaimana Corak Pengesahan Kenaikkan harga di dalam pasaran adalah sangat kuat sekarang.
USD/CHF: Terdapat isyarat menjual baru pada pasangan mata wang USD/CHF. EMA 11 kini sedang berada di bawah 56 EMA dan Julat % Williams 20 berada di zon terlebih jualan. Ini menandakan bahawa penurunan harga semasa di pasaran adalah cukup untuk membolehkan kesinambungan penurunan harga yang seterusnya.
GBP/USD: Kelihatan terdapat usaha menaik yang kukuh dalam konteks aliran penurunan harga sekarang. Dua perkara yang berpotensi: pergerakan harga di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.5500 akan menandakan aliran menurun semasa telah berakhir atau pergerakan di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.5300 akan menghasilkan kesinambungan aliran menurun, yang mana ini menandakan bahawa usaha kenaikkan harga semasa merupakan peluang terbaik untuk para pedagang mengambil pesanan menjual.
USD/JPY: Aliran harga bagi pasaran ini telah diperbetulkan lebih rendah, memberi impak terhadap keuntungan aliran menaik pada minggu ini. Kecenderungan arah aliran pasaran masih memihak kepada kenaikkan harga dan ia akan kekal sah kecuali tahap permintaan yang terletak pada 122.00 ini ditembusi untuk aliran menurun. Ia memerlukan tekanan penurunan harga yang sangat kuat.
EUR/JPY: Oleh kerana aliran kenaikan harga semasa bermula dari zon permintaan pada tahap 133.50, maka pasangan EUR/JPY ini telah bergerak naik sebanyak 500 pips, menutup di atas zon permintaan pada tahap 138.00 dan sangat menhampiri dengan zon bekalan yang terletak di sekitar tahap 138.50. Kecuali untuk beberapa urusniaga harga rendah, harga diramal akan meneruskan aliran menaik yang kukuh.