Analisis Harian USDX untuk 08 Jun, 2015

Indeks USDX akan cuba untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 96.97 dalam minggu ini, sebagaimana aliran kenaikkan harga adalah lebih kuat berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan tahap rintangan tersebut, sebagaimana Indeks USDX berpotensi untuk menghadapi tindak balas penurunan harga yang kuat dan kejatuhan harga hingga ke tahap sokongan 95.74.

Berdasarkan kepada carta 1H, Indeks USDX mengukuh di atas SMA 200 dengan pembentukan corak harga tinggi yang lebih tinggi. Kini, tahap rintangan 96.77 adalah merupakan halangan yang paling hampir untuk Indeks USDX, dan sekiranya momentum menaik mencukupi, Indeks USDX ini diramalkan akan mencapai tahap tinggi sekitar tahap 97.23. Struktur fraktal semasa telah memanggil aliran menaik. Indikator MACD kini sedang memasuki wilayah negatif, Oleh yang demikian para pedagang diminta untuk lebih berhati-hati.

Tahap Rintangan Carta Harian: 96.97 / 98.08

Tahap Sokongan Carta Harian: 95.74 / 94.66

Tahap Rintangan Carta 1H: 96.77 / 97.23

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 96.77, Take profit di tahap 97.23 dan stop loss pada tahap 96.32.