Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini akan meneruskan aliran daripada "double bottom" yang terletak pada tahap 0.9374, yang mana tahap ini adalah bertepatan dengan nisbah 38.2% tahap Penarikan semula Fibonacci di dalam carta 1H. Oleh yang demikianm harga bagi pasangan USD/CHF kini sedang menunjukkan tanda-tanda kekuatan, berikutan penembusan harga pada tahap yang paling rendah 0.9374. Ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9374 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9465 bagi membolehkan pasangan mata wang ini menguji titik pangsi harian dan seterusnya ke tahap 0.9501 untuk membentuk "double top" dalam dagangan jangka pendek. Dari situ, harga ini akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, untuk itu ia akan menjadi lokasi yang terbaik untuk mengambil keuntungan di sekitar tahap 0.9501 dan 0.9560. Ia juga harus diperhatikan bahawa tahap ini akan berpadanan dengan 61.8% tahap Penarikan semula Fibonacci. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan arah aliran, maka pasangan mata wang USD/CHF ini akan menembusi sokongan kecil 0.9366. Pasaran diramalkan akan bergerak lebih rendah sehingga harga mencecah ke tahap 0.9258 dengan tujuan untuk menyatakan pasaran penurunan harga.