Analisis Teknikal USDX untuk 11 Jun, 2015

Indeks Dolar AS menembusi harga rendah yang lebih rendah baru semalam, bagaimanapun ia telah diterbalikkan lebih tinggi di atas tahap 94.80 seklai lagi. Penembusan harga palsu ini bukanlah satu isyarat yang baik untuk aliran penurunan harga dan tahap rendah semalam pada 94.30 adalah sama penting dengan tahap rendah Mei, 93.10.

Indeks Dolar AS diterbalikkan daripada penarikan semula 61.8% menembusi tahap rendah baru yang lebih rendah. Sekarang, harga dilihat sedang bergerak ke tahap lebih tinggi. Rintangan didapati terletak pada tahap 95.70 oleh Ichimoku cloud dan indikator Kijun sen. Aliran kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap ini dan di atas rintangan cloud daripada tahap 96.20 untuk membuat aliran kenaikkan harga.

Carta mingguan dilihat hampir menembusi indikator Kijun sen sokongan mingguan (garis kuning) dan melantun. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap terendah pada minggu ini, maka kita perlu menjangkakan penembusan harga pada tahap 93.10. Indeks kelihatan akan menolak harga untuk berdagang ke arah tahap yang lebih rendah 90.