Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan mengukuh dalam julat harga yang lebih tinggi selepas mencecah tahap rendah tiga minggu 0.9226 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh penjualan mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF mengukuh dan pasangan CHF/JPY melemah di tengah-tengah sentimen kenaikkan mata wang yen, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF.

Komen Teknikal: Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun Stokastik didapati sedang beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9420 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9475. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9230 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9170. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9290.

Tahap Rintangan: 0.9420 0.9475 0.9525

Tahap Sokongan: 0.9230 0.9170 0.9115